|
|
2 And A Half Years.
Saturday, 14 March 2015 | 04:52 | 0 One Direction
2 tahun lebih rasanya tak update blog ni. Ditinggalkan macam ni jee. Kononnya tiada lagi lelaki yang selalu disebut dalam blog ni. Hikmah apa yang Allah nak sampaikan, dia muncul kembali setelah 2 tahun setengah menghilang. Allah yang maha Mengetahui perasaan aku ketika itu. Tapi sayang, dia muncul tak lama. Allah datangkan kegembiraan itu hanya sekejap. Tak sempat aku luahkan semua yang aku rasa untuk lelaki itu. Betapa sayangnya, betapa rindunya, betapa cintanya aku kat dia. Mungkin ramai rasa aku dungu sbb tunggu someone yang lama hilang. But you dont know, how much I love him peeps. I miss him, i miss the old us. Dia datang balik bawa harapan untuk aku. Sungguh aku takut hilang dia lagi buat kali kedua. Tapi Allah aturkan aku hilang dia lagi buat kali kedua. Aku hilang semangat, hati aku hancur sekali lagi. Tapi aku yakin, cinta yang ikhlas pasti ada ganjarannya. Ya Allah, aku masih tunggu dia. Aku akan terus tunggu dan menanti. Sungguh, aku sayang dia Allah. Berilah aku ketabahan, kesabaran dan iman yang teguh untuk hadapi semua ini. Pimpin lah aku ya Allah supaya aku tidak hilang arah dan redha. Temukan kami semula dan berilah kami peluang untuk menyayangi antara satu sama lain semula 😔😔Takdir :)
Saturday, 25 May 2013 | 10:06 | 0 One Direction
Post rojak ? Sebab aku tak nak terhadkan post ni . Banyak benda nak cerita . Based on post aku yang lepas , aku tak nak lagi post lagi pasal seorang lelaki ni kan . Tapi masalahnya , dia muncul balik depan aku dan buat aku rasa macam ... KAU TAKDE TEMPAT LAIN LAGI KE NAK STUDY SELAIN DARIPADA SMKIS ?! Bengangnyaa . Macam mana ni ? Tapi ada pelik sikit sebab aku tak rasa terganggu dengan kewujudan dia . Rasa macam perasaan yang selalu tekan aku dah hilang . Rasa macam dia tak membawa apa - apa perubahan untuk aku . Mungkinkah aku dah boleh lepaskan dia dengan seikhlas - ikhlasnya ? Ikhlas aku ya Allah ? Alhamdulillah jika aku telah lupakan dia . Terima kasih ya Allah kerana kurniakan aku ketabahan selama lebih setahun untuk lupakan dia . Eh dah pukul 1.05 pagi ? Okay nak sambung online or tidur kot . Haha , kay peeps ! Assalamualaikum :)Redha dengan ketentuan Allah :')
Friday, 22 March 2013 | 20:06 | 0 One Direction
Akhirnya , aku berjaya akses facebook wafi . Alhamdulillah , awak memang bahagia dengan ieda . Memang tuh yang saya harapkan . Tapi wafi sayang , percayalah . Saya akan sentiasa sayang awak dalam hati saya sebab awak lah orang yang betul betul saya sayang . Indahnya hidup ieda sebab dapat kasih sayang dan cinta daripada awak . Ya Allah , aku putuskan aku akan terima hal ni dengan redha . Beri hambaMU kekuatan untuk tempuhi hidup ini tanpa cinta daripada dia lagi . Hanya dengan bantuan MU , aku akan kembali menjadi fara yang tabah , kuat dan ceria sentiasa . Sayang wafi , bukan cinta yang saya harapkan daripada awak , cuma jangan lupakan saya dan cinta kita dulu . AMIRUL WAFI , dengan redha , aku lepaskan kau dengan hati yang penuh ikhlas . Aku akan lupakan kau . Semoga bahagia . Semoga ni lah post terakhir pasal diri kau . Assalamualaikum sayang :'(Assalamualaikum !
Monday, 28 January 2013 | 01:46 | 0 One Direction
Assalamualaikum , hai peeps ! Peeps ? Haha , siapa jeh yang baca blog ni ? Lama rasenyee tak update blog ni kan . Ya Allah , takde masa langsung ! Busynye jadi budak form 5 ni . Form 5 ? Maknenye DIA dah habis form 5 . Fara tak dapat jumpa dia lagi . Maybe sekejap atau selama lamanyeee . Fara rindu dia . Siapa cakap fara tak sayang dia ? Siapa cakap fara dah lupakan dia ? Siapa ? Memang ! Memang fara nampak happy depan orang , tapi siapa yang tahu apa dalam hati fara . MUHAMMAD HARIZ ADAM . Dia datang dalam hidup fara . Awal tahun masuk SIS , plus masuk kelas 5 Geliga , thats it ! Sama kelas dgn fara . Rasanye tak perlulah fara ceritakan sume pasal adam sebab hati fara dah tawar sangat untuk adam . TAWAR SANGAT ! Wait ! Fara tak pernah kapel ngn dia tau ! Tapi bila fara sensorang , hati fara selalu rindu kat someone . AMIRUL WAFI , fara rindu awak . Saya rindu awak sayang . Saya rindu :'( Awak sihat ? Saya terus lost contact dengan awak lepas awak habis SPM . Wafi bahagia dengan Ieda ? Alhamdulillah , semoga bahagia kay . Jangan buat Ieda macam apa yang wafi buat kat fara . Bahagiakan lah dia . Rindu rase nak tengok wafi gurau , senyum , buat loya buruk . Wafi , kenapa block fara kat facebook ? Apa salah fara ? Fara tak kacau wafi pun . Sekurang kurangnye kasi fara tahu perkembangan wafi . Ya Allah , aku rindu dia :'(Till meet again , Amirul Wafi .
Sunday, 11 November 2012 | 01:13 | 0 One Direction
Tahniah Wafi . Wafi mesti bahagia kan ? Fara perempuan , tak sah kalau seorang perempuan tak cemburu tengok orang yang dia sayang suka orang lain kan ? Sebenarnya , waktu hari last sekolah , Fara nak jumpa Wafi . Fara nak mengaku yang Fara masih sayangkan Wafi even though Wafi langsung tak sayang Fara lagi . I'll still waiting for you sayang :'( Bukan senang nak lupakan awak . Awak banyak bahagiakan saya . Sekarang ni , saya teringat first time kita jumpa kat rumah awak . Awak keluar rumah dengan muka yang masam nak tolong saya angkat langsir . Waktu tuh hati saya macam tak tentu rasa ! Saya suka awak ! Saya rasa saya orang yang paling beruntung sebab dapat bersama dengan awak . Walaupun hanya 9 bulan . Saya berharap sangat awak kekal dengan saya . Tapi awak tak boleh terima saya lagi bila kena cabar dengan LELAKI TUH ! Saya tak sanggup nak sebut nama dia , rasa benci yang amat sangat ! Wafi bahagia dengan Ieda ? Dia lawa . Tak selekeh macam Fara . Fara ni selekeh sangat . Fara tak terbayang macam mana Fara nak pi sekolah tahun depan bila Wafi dah takde nanti . Fara rindu Wafi . Hadiah yang terbaik yang Wafi pernah kasi Fara adalah cinta daripada Wafi . Fara dah banyak kali couple , tapi tak sesusah ni nak lupakan ex Fara . Paling lama dulu pun 2 bulan Fara dah lupa . Sekarang dah hampir 8 bulan Fara tetap tak dapat lupakan Wafi . Lagi 4 bulan genap setahun . Boleh ke Fara lupakan Wafi dalam tempoh 4 bulan sedangkan 8 bulan lepas Fara masih tak dapat lupakan Wafi ? Kenapa Wafi ? Kenapa tinggalkan Fara ? Sebab Fara tak matang , childish , kuat marah , kuat merajuk ? KENAPA ?! Wafi tahu tak macam mana susahnya Fara nak lupakan Wafi . Fara benci Wafi . Fara menyesal kenal Wafi . Tapi Fara bersyukur sebab Fara dapat rasa cinta daripada Wafi selama 9 bulan . Sekarang Fara tak tahu bila lagi Fara dapat jumpa Wafi . Lepas ni adakah kita akan berjumpa kembali ? Waktu kita dah kerja ? Waktu awak atau saya atau kita dah kahwin dengan pasangan masing - masing ? Fara tak nak jumpa dengan Wafi bila kita dah ada pasangan yang tetap untuk kita ! FARA TAK NAK ! Fara takut timbul perasaan yang tak patut timbul sedangkan Fara dah ada pasangan . Ya Allah ! Susahnya hamba-MU ini untuk melupakan seorang kaum Adam bernama Amirul Wafi Bin Fuad . Biarlah Engkau yang menentukan jalan hidup aku dan dia . Semoga kebahagiaan yang menanti kami walaupun kami tak bersama lagi . Amin .Amirul Wafi .
Friday, 12 October 2012 | 23:46 | 0 One Direction
Tadi text dia sebab nak cakap pasal origami . Dia suruh doakan dia nak SPM . Then , aku cakap aku sentiasa doakan dia . Dan ! Aku minta kat dia supaya dia sendiri yang hantar origami tuh kat aku hari last sekolah . Sebenarnya , ada sebab kenapa aku nak hari last sekolah . Sebab aku nak luahkan semua perasaan aku kat dia . Aku nak cakap kat dia aku sayang sangat dengan dia , tak pernah lupakan dia dan sentiasa nakkan yang terbaik untuk dia . Aku akan rasa lega lepas beritahu yang aku masih sayangkan dia . Sebenarnya , aku masih mengharap aku dan dia kembali bersama tapi macam mustahil kan ? Dia dah ada awek . Entah dia pun tak tahu aku dah clash ngn Lihin . Maybe dia anggap aku dah tak suka dia lagi . Tak pernah ! Tak pernah sekalipun Fara tak suka Wafi . Fara cuba tapi tak boleh . Fara terlalu sayangkan Wafi . Hanya Wafi , Wafi dan Wafi . Jam biru tuh ! Fara simpan lagi . Fara sayang jam tuh . Fara nak pakai pi sekolah , tapi nanti Wafi mesti tak suka kan ? Lagipun jam Wafi sekarang warna purple . Fara rasa tuh mesti jam Wafi ngn awek Wafi kan ? Untungnya akak tuh dapat Wafi . Ya Allah , cemburunya aku ! Serius , Fara kaku bila terserempak dengan Wafi . Tapi , Fara rasa bahagia sangat dapat tengok Wafi . Fara rindu Wafi . Fara rindu :'( I MISS YOU , AMIRUL WAFI !Again , SINGAPORE !
Sunday, 7 October 2012 | 03:18 | 0 One Direction
Semalam nak tulis banyak sebenarnya , tapi dah maghrib . Ira nak sangat pi Singapore . Nak jumpa nek teh , jumpa family and jumpa dia :) Abang AZ , Ira rindu kat abang . Ingat tak waktu kita pi theme park ngn family ? Waktu tuh semua dah tahap letih gila macam nak terbarai kepala lutut kan ? Mana taknya . Keluar dpd pagi , malam baru balik . Kita naik train ? Ingat tak ? Ira nak jatuh waktu monorel tuh belok . Terus Syahirah paut tiang kat tengah train tuh . Tiba - tiba , abang A paut bahu Ira kan ? Tahu tak , Qila cemburu tau ! Sbb dia pun minat abang A . Abang A , rasa bahagia tau sebab abang buat cam tuh . Ira kaku . Ira nak jumpa abang A lagi . Rindu abang A , nek teh ngn family sana . Till meet you again , abang AZ |